Tuesday, May 24, 2011

Ayat-ayat Syifa'

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (Al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Sesungguhnya di dalam Al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri.

Ayat-ayat yang dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' " adalah seperti berikut At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44.


Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."

Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.

Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.

Beberapa Cara Menggunakan Ayat2 Syifa'
  • Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
  • Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
  • Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.