Kisah Nabi Muhammad SAW sewaktu menemui ajalnya - betapa mulia dan indahnya akhlak baginda
Ya Rasulullah
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia…!!
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?”.
”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, mendekatkan telinganya.“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii!” - “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasohbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
P/s - Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Hayatilah kecintaan Rasulullah pada kita. Jangan sia-siakan masa hidup kita yang terlalu singkat ini.
Jez Sharing
Friday, January 6, 2012
Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat
Seperti yang kita maklum, hari Jumaat adalah penghulu segala hari . Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat. Ada orang yang suka baca Yassin pada malam Jumaat, dan bila membincangkan perkara ini, Ustaz Azhar Idrus menyatakan Surah Yassin boleh dibaca pada hari apa2 saja..jangan khususkan hanya pada hari Jumaat saja.
Namun begitu, pada malam Jumaat, lebih baik membaca Surah Al-Kahfi, kerana tercatit dalam Hadis tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahf pada malam/ hari Jumaat.
Maafkan saya sebab mengambil petikan dari Bahasa Inggeris, tapi ini adalah kandungan hadis tentang kelebihan surah alkahf yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau:
From Abu Sa’eed al-Khudri, who said: “Whoever reads Soorat al-Kahf on the night of Jumu’ah, will have a light that will stretch between him and the Ancient House (the Ka’bah).”
(Narrated by al-Daarimi, 3407. This hadeeth was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami, 6471)
“Whoever reads Surah al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.”
(Narrated by al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar said in Takhreej al-Adhkaar that this is a hasan hadeeth, and he said, this is the strongest report that has been narrated concerning reading Soorat al-Kahf. See: Fayd al-Qadeer, 6/198. It was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 6470)
http://www.dailyhadith.co.uk
Wallahu'alam..
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Namun begitu, pada malam Jumaat, lebih baik membaca Surah Al-Kahfi, kerana tercatit dalam Hadis tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahf pada malam/ hari Jumaat.
Maafkan saya sebab mengambil petikan dari Bahasa Inggeris, tapi ini adalah kandungan hadis tentang kelebihan surah alkahf yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau:
From Abu Sa’eed al-Khudri, who said: “Whoever reads Soorat al-Kahf on the night of Jumu’ah, will have a light that will stretch between him and the Ancient House (the Ka’bah).”
(Narrated by al-Daarimi, 3407. This hadeeth was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami, 6471)
“Whoever reads Surah al-Kahf on the day of Jumu’ah, will have a light that will shine from him from one Friday to the next.”
(Narrated by al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar said in Takhreej al-Adhkaar that this is a hasan hadeeth, and he said, this is the strongest report that has been narrated concerning reading Soorat al-Kahf. See: Fayd al-Qadeer, 6/198. It was classed as saheeh by Shaykh al-Albaani in Saheeh al-Jaami’, 6470)
http://www.dailyhadith.co.uk
Wallahu'alam..
Tuesday, June 28, 2011
Khalifah Umar r.a dan harta gabenor dan pegawainya
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]
[3] Futuh al-Buldan, hlm 220 dan 221 ; Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/131
[4] Tarikh al-Madinah, 3/837
[5] Futuh Misr wa akhbaruha, Ibn Abd Hakam, hlm 92
[6] Futuh al-Buldan, hlm 77 ; Al-Idarah al-Islamiyah, Majdalawi, lm 216
[7] Tarikh al-Madinah, 3/832
[8] Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/128
[9] Shahed al-Mihrab,
[10] Al-fatawa, 28/157
Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/797/72/
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut "Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" [5]
- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]
- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7]. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.
- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata "barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" [8]
- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan "aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab "Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]
[3] Futuh al-Buldan, hlm 220 dan 221 ; Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/131
[4] Tarikh al-Madinah, 3/837
[5] Futuh Misr wa akhbaruha, Ibn Abd Hakam, hlm 92
[6] Futuh al-Buldan, hlm 77 ; Al-Idarah al-Islamiyah, Majdalawi, lm 216
[7] Tarikh al-Madinah, 3/832
[8] Al-Wilayah ‘ala al-Buldan, 2/128
[9] Shahed al-Mihrab,
[10] Al-fatawa, 28/157
Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/797/72/
Wednesday, June 15, 2011
Solat Sunat Gerhana
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf ada di bawah.
Niat Solat Sunat Gerhana
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berikut:
a. Rakaat Pertama
b. Rakaat Kedua
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut, hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan” – (HR. Bukhari dari Abi Barkah)Apabila terjadi gerhana matahari, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak matahari mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya matahari terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu.
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf ada di bawah.
Niat Solat Sunat Gerhana
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berikut:
a. Rakaat Pertama
- Takbiratul Ihram.
- Membaca doa iftitah.
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
- Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
- Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
- Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kembali.
- Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat Kedua
- Membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
- Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
- Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
- Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
- Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
- Iktidal.
- Sujud dan membaca tasbih.
- Duduk antara 2 sujud.
- Sujud kembali.
- Membaca tasyahud akhir.
- Memberi salam.
Tuesday, May 24, 2011
Ayat-ayat Syifa'
Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (Al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Sesungguhnya di dalam Al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Ayat-ayat yang dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' " adalah seperti berikut At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44.
Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.
Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.
Beberapa Cara Menggunakan Ayat2 Syifa'
Ayat-ayat yang dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' " adalah seperti berikut At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44.
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.
Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.
Beberapa Cara Menggunakan Ayat2 Syifa'
- Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
- Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
- Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
Sunday, December 26, 2010
Ya Allah, Jika Aku Jatuh Cinta....
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
~ Unknown Writer
Ya Allah, Jika Aku Jatuh Cinta....
Monday, December 6, 2010
Amalan Sunat Bulan Muharram + Doa Awal/Akhir Tahun
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Doa Awal Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)